Saturday, 27, April, 2024
Utama Sukan Penyerang Serbia pemusnah baharu KDA FC

Penyerang Serbia pemusnah baharu KDA FC

oleh Ammar Haziq

Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain berasal dari Čačak, Serbia iaitu Milos Gordic sebagai penyerang baharu pasukan tersebut bagi musim 2024-2025.

Menurutnya, pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini dengan kelab Wuxi Wugo FC di China.

“Dengan fizikal sasa dan berketinggian 1.87 meter, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini.

“Milos Gordic nama baru di Liga Malaysia, dengan rekod serta pengalaman yang beliau miliki tidak mustahil bakal menjadi senjata pemusnah Sang Kenari dalam memberi cabaran musim ini.” katanya.

Pemain tersebut tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di Alor Setar pada petang Rabu.

Pihak pengurusan kelab dan pasukan yang menyambutnya adalah Shahrul Samsudin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Nafuzi Zain, Ketua Jurulatih Liga Super KDA FC, dan Ahmad Fauzi Saari, Koordinator Pasukan KDA FC.

“Orang baru di Malaysia, keserasian dengan suasana di tempat baharu dan latihan bersama rakan sepasukan bakal membantu pemain Serbia ini untuk menyerlah,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com