Friday, 24, May, 2024
Utama Negeri Junjung tinggi titah Agong jaga perpaduan, pelihara kesucian Islam

Junjung tinggi titah Agong jaga perpaduan, pelihara kesucian Islam

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Islandar yang menekankan pentingnya menjaga perpaduan, memelihara kesucian Agama Islam, dan melindungi semua bentuk perpaduan, merupakan pedoman yang harus dijunjung tinggi semua rakyat di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, Sultan menunjukkan kebijaksanaan dengan berkenan menerima mengadap kepemimpinan UMNO, termasuk Timbalan Presiden UMNO merangkap Datuk Seri Muhammad Hassan.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Rauf Yusof , dan Ketua Pengerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh bersama dengan Liew Chin Tong, wakil DAP.

“Kami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, merasa terhormat dan bangga melihat Dr Akmal Salleh, Panglima dan Pejuang Kalimah Allah SWT, Ketua Pemuda UMNO, diundang menghadap Agong.

“Kesempatan ini untuk mendengar nasihat dan kata-kata semangat dari baginda

adalah suatu kehormatan yang tidak ternilai.

“Undangan kepada Dr Akmal Salleh oleh Agong adalah pengakuan dan penghargaan terhadap perjuangan beliau dalam mempertahankan nilai-nilai agama, bangsa, dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Farhan,  ini adalah manifestasi dari adat Melayu yang tertinggi, di mana jasa dan perjuangan seorang pendekar bangsa diakui dan dirayakan.

“Kehadiran beliau di istana, mendengar langsung dari baginda, adalah simbol dari komitmen kita bersama untuk memperkuat fondasi negara kita yang tercinta. Kita bersyukur atas penghormatan ini dan berdoa agar perpaduan dan keharmonian terus terjaga di antara kita semua,” ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com