Tuesday, 30, April, 2024
Utama Sukan Hadiah bermakna buat Sang Kenari sempena Aidilfitri

Hadiah bermakna buat Sang Kenari sempena Aidilfitri

oleh Ammar Haziq

Kedah Darul Aman (KDA) FC telah menerima surat pengesahan dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa, memaklumkan sekatan perpindahan pemain dikenakan pada 4 Mac lalu telah ditarik balik.

Menurutnya, pihak pengurusan menegaskan, isu ini berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan telah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 dan 2021.

“Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25,” ujarnya.

Pada khamis, media melaporkan FIFA menghalang enam kelab Liga Malaysia daripada menandatangani pemain baharu bagi musim yang mendatang.

Perkara ini berdasarkan kemas kini daripada laman Asean Football berkenaan satu pengkalan data yamg baru diwujudkan oleh FIFA.

Kelab yang disenarai pendek ialah KDA FC, KL City, Kelantan FC, Perlis, Melaka dan Sarawak United.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com