Tuesday, 14, May, 2024
Utama Nasional Kekal guna silibus pembelajaran termasuk sejarah

Kekal guna silibus pembelajaran termasuk sejarah

oleh Ammar Haziq
Fadhlina melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, pada Ahad.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan untuk terus menggunakan silibus pembelajaran sedia ada termasuklah mata pelajaran sejarah, kata menterinya, Fadhlina Sidek berkata.


Menurutnys, setiap silibus mata pelajaran digunakan untuk pelajar dalam negara mengikut kitaran tempoh yang telah ditetapkan malah dipantau oleh pakar-pakar bidang berkaitan.


“Murid-murid ada kitaran masa perlaksanaannya. Jadi, setakat ini kita kekal dengan silibus sedia ada sehinggalah kitaran itu habis. Kemudian kita akan lihat dari segi keperluan untuk semua penambahbaikan dan ia bukan sejarah sahaja tetapi untuk semua subjek sekali,” katanya selepas lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, pada Ahad.


Beliau berkata sedemikian mengulas cadangan pihak tertentu supaya silibus sejarah tentang Kedah dan Pulau Pinang dalam buku teks perlu dibuat penambahbaikan.


Menurutnya, isu penambahbaikan silibus pembelajaran tidak tertumpu pada mata pelajaran sejarah semata-mata, sebaliknya mengambil kira semua aspek.


Sebelum itu, Fadhlina turut meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk kerja membaik pulih kerosakan jalan dan menyelenggara kemudahan di SMJK Keat Hwa.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com