Saturday, 4, May, 2024
Utama Negeri Hilang anak tunggal, bapa sekelip mata

Hilang anak tunggal, bapa sekelip mata

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Luluh hati seorang ibu apabila kehilangan anak tunggal berusiasetahun tujuh bulan yang ditemukan lemas bersama datuknya di sebuah kolam terbiar dekat Taman Kempas di sini pada petang Isnin.

Zarina Azmi, 34 dan dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35 reda apabila hilang dua insan kesayangan sekaligus dalam kejadian tersebut.

Menurut Zarina, mereka telah menunggu kehadiran Muhammad Ziyaad Mikhail sejak sembilan tahun lalu yang ditemukan meninggal dunia bersama bapa tersayang, Azmi Abdullah, 77.

Kedua-dua mangsa ditemukan terapung dalam sebuah kolam bersama Muhammad Ziyaad selepas beredar dari kedai makan di mana tempatnya bekerja dengan menaiki motosikal untuk keluar bersama.

“Sepanjang hari Isnin, Muhammad Ziyaad asyik peluk saja, seolah-olah tak puas bermanja sebelum datuknya datang ambil kira-kira jam 5 petang.

“Namun, tak lama kemudian saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak ditemukan lemas di kolam berhampiran,” katanya.

Dia berkata demikian semasa ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com