Friday, 24, May, 2024
Utama Nasional KPM, KPT main peranan beri pendedahan awal mengenai literasi kewangan

KPM, KPT main peranan beri pendedahan awal mengenai literasi kewangan

oleh Ammar Haziq

KEPALA BATAS: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan awal mengenai literasi kewangan kepada pelajar dan mahasiswa dari peringkat awal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan kedua-dua kementerian itu supaya kempen pencerahan mengenai amalan menabung dan pelaburan saham boleh diperluaskan lagi di peringkat institusi pendidikan dan pendidikan tinggi.

“Mungkin guru-guru terpilih boleh diberikan latihan supaya pencerahan ini turun ke bawah. Guru-guru atau tenaga pengajar boleh diberi tanggungjawab untuk memberi kesedaran tambahan kepada pelajar.

“Saya juga menyeru anak Pulau Pinang, pihak sekolah, guru dan masyarakat agar memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan perasmian MSAM 2023 di sini hari semalam.

Tema MSAM tahun ini, ‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’, mencerminkan usaha berterusan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan dengan pendekatan yang menarik.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com