Wednesday, 15, May, 2024
Utama Nasional Peruntukan bajet RM58.7 billion kepada KPM martabat pendidikan manusiawi

Peruntukan bajet RM58.7 billion kepada KPM martabat pendidikan manusiawi

oleh Ammar Haziq

KANGAR – Kementerian Pendidikan (KPM) melihat peruntukan RM58.7 bilion kepada sektor pendidikan dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai belanjawan yang mampu memartabatkan pendidikan manusiawi di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya melihat keseluruhan pembentangan belanjawan berkenaan dari dua perspektif.

“Alhamdulillah KPM masih lagi menjadi kementerian yang menerima peruntukan terbesar 58 bilion dan pastinya dari segi keseluruhannya bajet ini.

“Kita sambut dalam dua perspektif yang kita rasa inilah perjuangan kota dalam seisi pendidikan manusiawi selama ini pertama adalah soal akses apabila 26 buah sekolah diluluskan ini adalah lelulusan untuk pembinaan sekolah terbesar pernah KPM terima dan juga keluasan pra sekolah juga 26 kemudian 18 block bangunan untuk murid keperluan khas.

“Alhamdulillah yang paling penting juga dalam konteks dasar adalah jelajah masa depan pendidikan masa depan negara jadi insyaa allah kita komit untuk memastikan semua agenda dalam belanjawan ini dilaksanakan khususnya apabila mendapat peruntukan yang besar ini ia datang dengan tanggungjawab yang cukup besar di peringkat KPM,” Fadhlina berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2023 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk memastikan semua agenda dalam belanjawan berkenaan dilaksanakan kerana apabila mendapat peruntukan yang besar bererti tanggungjawab pihaknya juga dalam merealisasikan apa yang akan dirancang.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM58.7 bilion termasuk RM1.9 bilion dalam menaiktaraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com