Tuesday, 14, May, 2024
Utama Nasional Kerajaan Persekutuan tegas pelaksanaan babit pembangunan infrastruktur Sabah

Kerajaan Persekutuan tegas pelaksanaan babit pembangunan infrastruktur Sabah

oleh Ammar Haziq

TENOM – Kerajaan Persekutuan sentiasa bersikap tegas dalam memastikan setiap pembangunan kemudahan infrastruktur di Sabah dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mahu mendengar sebarangan alasan sehingga mengakibatkan keperluan rakyat termasuk bekalan elektrik, air dan lebuh raya terganggu.

“Kita perlu bersikap tegas ekoran terdapat pelbagai projek pembangunan di negeri ini tertangguh seperti pembinaan Empangan Hidroelektrik Ulu Padas.

“Hal ini mengakibatkan kemudahan air bersih yang seharusnya diperolehi rakyat memgalami gangguan sekali gus meningkatkan kos.

“Pastikan supaya pemantauan ke atas empangan ini dibuat agar tiada lagi alasan penangguhan. Siapkan secepat mungkin demi keselesaan rakyat. Itu sikap kita mesti ada sekarang,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan projek Hidroelektrik Ulu Padas bakal menjana tenaga elektrik sebanyak 187.5 megawatt (MW) sekaligus menyumbang secara signifikan kepada grid bekalan tenaga Sabah dengan penambahan sebanyak 15 peratus.

“Projek ini mampu mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Malahan ia juga salah satu usaha penyelesaian jangka panjang yang mampan buat negeri Sabah.

“Apabila siap kelak, empangan Hidroelektrik Ulu Padas juga dijangka boleh memenuhi peningkatan tenaga elektrik negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com