Wednesday, 1, May, 2024
Utama Politik Sokong Dr Akmal, jangan persoal tujuan boikot

Sokong Dr Akmal, jangan persoal tujuan boikot

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Pemuda UMNO Pokok Sena menyokong kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menempelak kenyataan Nga Kor Ming yang menyatakan bahawa boikot terhadap pihak tertentu menyebabkan ekonomi merosot.

Ketua pemudanya, Mohd Farhan Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu ternyata bercanggah dengan kenyataan Menteri Ekonomi yang merwar-warkan bahawa ekonomi negara berada di landasan yang baik.

Menurutnya, seharusnya, Kor Ming harus memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kuasanya.

“Jika Nga Kor Ming bersetuju dengan Dr. Akmal bahawa ekonomi negara merosot, beliau tidak sepatutnya mempersoalkan tujuan boikot terhadap KKMart, Starbucks, McDonald’s, atau jenama lain yang berkaitan dengan isu Palestin – Israel sebagai isu utama kemerosotan ekonomi.

“Isu boikot tidak sepatutnya diungkit lagi setelah titah DYMM Agong yang menyarankan agar isu KKMart diberhentikan dan tidak ada larangan untuk masyarakat Malaysia memboikot atas isu kemanusiaan Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, menjaga sensitiviti antara kaum tidak kira Melayu, Cina, dan India di Malaysia adalah satu keperluan.

Jelasnya, perkara Ini menunjukkan pentingnya bersikap berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan yang boleh mempengaruhi hubungan antara kaum.

“Tindakan ini mencerminkan komitmen terhadap keharmonian sosial dan kestabilan negara, memastikan semua komuniti merasa dihargai dan keharmonian antara masyarakat dipelihara.

“Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena menyokong kenyataan Dato’ Shakar, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dan kenyataan Dr. Akmal terhadap Nga Kor Ming, ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com