Saturday, 4, May, 2024
Utama Negeri Kereta terbabas, pemandu cedera parah tersepit

Kereta terbabas, pemandu cedera parah tersepit

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Sebuah kereta terbabas di susur keluar Tol Alor Setar Selatan menghala ke Pendang, di sini selepas dan menyebabkan pemandunya cedera parah pada Sabtu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani, mereka menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira jam 12.34 tengah hari berhubung kemalangan jalan raya itu.

“Sepasukan anggota BBP Pendang diarahkan bersama dua jentera ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal diterima di lokasi, komander operasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

“Terdapat seorang mangsa berusia 35 tahun yang tersepit dan tindakan awal mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,”katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.54 petang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com