Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri 14 rumah terjejas di Baling akibat ribut

14 rumah terjejas di Baling akibat ribut

oleh Ammar Haziq

BALING – Sebanyak 14 buah rumah telah terjejas di sekitar Mukim Siong, Tawar, Pulai, Bakai dan Mukim Teloi Kanan akibat dibadai angin kuat pada lewat petang Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, APM menerima aduan daripada orang awam pada jam 6 petang dan seramai 15 petugas telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak APM telah bertindak membersihkan dan mengalihkan pokok  tumbang yang menghalang lalulintas serta pokok yang menimpa rumah mangsa.

“Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat malam ini. Orang awam dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika cuaca yang tidak menentu sekarang ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com