Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Mana mahu lari!

Mana mahu lari!

oleh Ammar Haziq
Kawasan itu disyaki dijadikan ‘port’ untuk berjudi selepas tempat tumpuan berjudi di Kebun getah Kampung Naga diserbu baru-baru ini.

JITRA – Sekumpulan kaki judi yang sedang asyik bermain judi di bawah pondok kayu dalam kebun getah berhampiran Taman Bersatu Jitra, bertempiaran lari sebaik menyedari diserbu pihak polis, lewat petang semalam.

Bagaimanapun, empat daripada mereka berusia antara 33 hingga 60 tahun berjaya ditahan termasuk dua orang lelaki yang pernah di tangkap berjudi sebelum ini.

Kesemua mereka ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang di ketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) termasuk Pegawai Risikan dan Operasi serta anggota Bahagian siasatan jenayah (IPD) Kubang Pasu dalam Operasi Dadu (Op Dadu) yang di jalankan lewat petang semalam.

Difahamkan, kawasan itu disyaki dijadikan ‘port’ untuk berjudi selepas tempat tumpuan berjudi di Kebun getah Kampung Naga diserbu baru-baru ini.

Pihak polis berjaya merampas sebuah meja kayu, lima buah kerusi plastik, satu cawan seramik berwarna putih, satu piring kecil warna putih, tiga biji buah dadu, kertas alas kain kanvas tercetak angka 1,2,3,1,6,5,4,6 dan wang tunai diatas meja di syaki wang pertaruhan perjudian berjumlah RM2755.00.

Kesemua mereka yang berasal sekitar Jitra, kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2)Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.4) 2021 kerana tidak mematuhi PKP.

Kredit FB PDRM Kubang Pasu

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com