Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Ular tedung senduk dalam singki dapur

Ular tedung senduk dalam singki dapur

oleh Ammar Haziq
FOTO APM SIK

SIK – Skuad Charlie diketuai Sjn (PA) Done Bin Bakar menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seekor ular di rumahnya di Kampung Tandop Pisang Sik.

Menurutnya, pengadu memberitahu menyedari kehadiran reptilia itu semasa berada di dapur rumahnya.

“Setibanya di lokasi, kami memeriksa dan mendapati seekor ular tedung senduk  sedang berada di bawah raga berisi telur ayam dalam singki rumah pengadu. Pengadu menyedari kehadiran ular berkenaan sewaktu sedang membasuh telur ayam tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Lt (PA) Haisul Aishah Binti Mohd Napiah, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik berkata, anggota APM Sik mengambil masa lima minit untuk menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan khas.

Sebarang kes kecemasan boleh hubungi APM Sik di talian 04-469 8221.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com