Sunday, 28, April, 2024
Utama Umum Jangan politikkan isu Palestin

Jangan politikkan isu Palestin

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konflik Israel dan Palestin tidak harus sama sekali dipolitikkan.

Menurutnya, beliau berpegang dengan pendirian bahawa isu tersebut meragut banyak nyawa dan beliau enggan terlibat dengan wacana yang sia-sia, yang mempertikaikan dan sinis terhadap tindakannya.

Tambahnya, beliau faham masing-masing ada pendirian dan mungkin ia berbeza, namun isu tersebut tidak harus menjadi modal politik.

“Saya ikuti beberapa perkembangan… sebab itu saya sebut tadi, tak usah dipolitikkan. Masing-masing ada pendirian, mungkin ada perbezaan dari segi tindakan.

“Tetapi jangan anggap ini isu yang boleh kita permainkan untuk dapat kepentingan politik seperti mana yang pernah disebut dalam luhur bangsa Melayu, jangan kita bina mahligai atas pusara.

“Orang derita, banyak terkorban, jangan kita mahu gunakan ini sebagai medan politik atas pusara rakyat.

“Pendirian kita, sedaya upaya menyampaikan dan hampir setiap hari hubungan dengan negara Islam, dan sealiran untuk menyatakan pandangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH – Pulai) yang meminta ulasan Perdana Menteri berhubung beberapa kenyataan sinis terhadap pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com