Saturday, 27, April, 2024
Utama Umum Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Singapura

Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Singapura

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya Presiden Singapura, Jumaat lepas.

Beliau turut mendoakan agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Perdana menteri turut mengharapkan Singapura terus makmur dan sejahtera di bawah kemudi Tharman.

“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baharu Republik Singapura!” katanya dalam catatan di media sosialnya.

Dalam pilihan raya itu, bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura itu menerima 70.4 peratus undi sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd Ng Kok Song (15.72 peratus) dan bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd Tan Kin Lian (13.88 peratus).

Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019 dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.

Peranan lain beliau termasuklah Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com