Thursday, 9, May, 2024
Utama Sukan “Saya tinggalkan 80 ribu sebulan untuk perjuangan”

“Saya tinggalkan 80 ribu sebulan untuk perjuangan”

oleh Ammar Haziq

Ketua Pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar difahamkan memperolehi pendapatan sehingga RM80,000 sebulan semasa beraksi bersama kelab Borneo tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra menerusi media sosial selepas bertemu dengan legenda bolasepak Hijau Kuning tersebut baru-baru Ini.

Menurutnya, perkara tersebut dianggap luar biasa selepas Baddrol mengumumkan untuk berpisah dengan Sabah FC di saat beliau sedang berada di puncak prestasi dan kerjayanya ketika Ini.

“Saya (Baddrol) tinggalkan 80 ribu sebulan untuk perjuangan”, fuhh, melekat terus masuk dalam hati, tulis Mohammad Yaakub di Facebooknya.

Menurutnya, Jika seseorang tukar haluan saat dibawah itu biasa, tap tarik ‘handbrake’ saat di puncak ini memanh luar biasa.

“Bad di Sabah sekarang tengah jadi fenomena, org sabah sayang sungguh kat dia sebagai captain bola depa. masa nak umum keluar pakat nangis.

“Tak lena saya semalam dok pikiaq perkataan BB7, terus hubungi 2 sahabat saya ini untuk bantu apa yang boleh,” katanya lagi.

Difahamkan Baddrol bakal menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri di Kedah namun belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak setakat Ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com