Wednesday, 15, May, 2024
Utama Sukan Larian Ambang Merdeka di Bandaraya Alor Setar disertai 1,000 peserta

Larian Ambang Merdeka di Bandaraya Alor Setar disertai 1,000 peserta

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Acara Larian Ambang Merdeka di Bandaraya Alor Setar yang disertai kira-kira 1,000 peserta yang bermula di Menara Alor Setar sempena Sambutan menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 berlangsung dengan meriah.

Ketua Perhubungan Korporat Aafiyat Holdings Sdn Bhd Mohd Ayob Mukhsin berkata, acara Larian Ambang Merdeka: Fun Run 7KM sejauh tujuh kilometer ini merupakan acara sukan amal tahunan yang pertama kali dianjurkan Aafiyat Holdings Sdn Bhd.

Syarikat tersebut yang lebih dikenali dengan jenama anak syarikatnya Olive House yang merupakan sebuah syarikat yang berkomitmen untuk kesihatan dan kecergasan.

Menurutnya, tujuan larian amal ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan negara dan meraikan semangat kebebasan serta kesatuan sambil menjurus kepada gaya hidup aktif dan sihat dikalangan rakyat Malaysia.

“Larian ini bukan hanya akan menyatukan rakyat Malaysia khususnya warga Alor Setar dalam semangat kemerdekaan, tetapi juga membantu mereka mencapai kecergasan dan kesihatan yang lebih baik.

“Acara ini juga menghimpunkan peserta dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat termasuk juga peserta dari Brunei untuk bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan negara setiap kali tiba tarikh31 Ogos.

“Larian ini tidak hanya meraikan warisan kemerdekaan Malaysia, tetapi ianya juga memberi peluang kepada peserta untuk menyokong amal yang mulia,” katanya.

Mohd Ayob juga berkata selain daripada aktiviti larian, acara ini juga akan menyediakan pelbagai hiburan seperti pertunjukkan seni silat dan seni bela diri yang mengagumkan dan Para peserta dan penonton selain persembahan bunga api yang spektakuler yang akan menceriakan langit malam.

“Larian ini dijadualkan bermula dari Dataran Menara Alor Setar sekitar pukul 8.30 malam dan akan berakhir dengan persembahan kembang api yang megah pada pukul 12 tengah malam,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengurus Pemasaran Aafiyat Holdings Sdn Bhd Siti Rusyidah Yahya berkata, Aafiat bersesuaian nama itu, pihaknya meletakkan matlamat untuk mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat dan menggalakkan orang ramai menyertai program larian yang telah dipromosikan sejak bukan Jun lalu.

Larian Ambang Merdeka: Fun Run 7KM Anjuran Olive House ini turut mendapat kerjasama penajaan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Menara Alor Setar, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kedah Medical Centre (KMC) dan Majlis Belia Daerah Kota Setar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com