Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Sultan Johor berkenan terima mengadap PM

Sultan Johor berkenan terima mengadap PM

oleh Ammar Haziq

Johor: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Perdana Menteri menghadap Sultan Johor bersempena lawatan beliau ke Johor, hari ini.

Pertemuan berlangsung kira-kira satu jam di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, dengan ketibaan Anwar pada pukul 11.20 pagi.

Menerusi hantaran di Facebooknya Anwar berkata, dalam sesi mengadap tersebut, beliau menyembah maklum perkembangan terkini negara dan negeri Johor serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” kata beliau.

Berangkat sama ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com