Tuesday, 21, May, 2024
Utama Nasional Kerajaan dijangka laksana cukai minimum global pada 2025

Kerajaan dijangka laksana cukai minimum global pada 2025

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada 2025 setelah mengambil kira maklum balas daripada industri dan perkembangan terkini antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata cukai tersebut juga hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro.

“Malaysia perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

“Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimun global di peringkat antarabangsa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com