Friday, 10, May, 2024
Utama Nasional PM temui rakan sejawat Menteri Kewangan Turkiye

PM temui rakan sejawat Menteri Kewangan Turkiye

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istambul hari ini dimulai dengan bertemu Menteri Kewangan Turkiye, Mehmet Şimşek.

Menurut beliau, menerusi hantaran di Facebook hari ini, perbincangan dengan Mehmet yang juga merupakan sahabat lama beliau tertumpu kepada usaha mendepani tantangan ekonomi global.

“Kami meneruskan perbincangan dengan meneroka peluang-peluang baharu ekonomi, selain perbincangan turut terkait mengenai aspek pertahanan dan keselamatan.

“Serta usaha mengembang potensi pelaburan dan perdagangan dalam lapangan pembangunan teknologi dan pelancongan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com