Wednesday, 15, May, 2024
Utama Negeri Polis tahan lelaki disyaki pukul anak

Polis tahan lelaki disyaki pukul anak

oleh Ammar Haziq

 KULIM – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukulnya anak lelakinya yang berusia lapan tahun kawasan Lunas Kulim, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima satu rakaman video Tik Tok berdurasi 1 minit 25 saat pada jam 10 pagi Khamis lalu.

Beliau berkata, rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki sedang memukul seorang kanak-kanak lelaki.

“Bertindak atas maklumat, pada hari sama kira-kira jam 2 petang, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menahan lelaki berusia 28 tahun terbabit di Padang Serai, di sini untuk membantu siasatan. 

“Selain itu, kita turut berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki terbabit yang berusia 8 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azizul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalah gunakan media sosial dengan menyebarkan apa sahaja kenyataan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam. 

“PDRM Kedah menyeru kepada orang ramai supaya bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah khususnya di negeri Kedah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan perlakuan jenayah kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talia MERS 999,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com