Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Mukhriz angkat ‘bendera putih’

Mukhriz angkat ‘bendera putih’

oleh Wartawan Kedah Gazette
Mukhriz membuat pengumuman lepas jawatan Menteri Besar Kedah pagi ini.

ALOR SETAR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara rasmi mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Beliau membuat pengumuman tersebut pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini sebentar tadi.

Mukhriz mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar itu pada 11 Mei 2018 lalu.

Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu meletak jawatan selepas beliau hilang sokongan majoriti.

Ini berikutan dua Dewan Undangan Neger (ADUN) daripada PKR dan dua (Bersatu) menyatakan pendirian menyokong Perikatan Nasional (PN).

Jumlah ADUN di Kedah pula adalah seramai 36 orang.

Peletakan jawatan Mukhriz ini adalah kali kedua selepas meletak jawatan Menteri Besar pada kali pertama Februari 2016.

Beliau meletak jawatan berkenaan berikutan perselisihan dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) turut tergugur dengan peletakan jawatannya itu.

Mukhriz memberitahu, beliau sudah memaklumkan melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi.

Selain itu, beliau juga mengumumkan akan meletak jawatan selalu Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pada petang ini, ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadualkan bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com