Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri Temco tamat, syukur…kata penduduk Padang Terap

Temco tamat, syukur…kata penduduk Padang Terap

oleh Ammar Haziq

KUALA NERANG – Syukur, itu antara kalimat yang keluar dari mulut penduduk Kampung ulu, Padang Sanai, Padang Terap apabila Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan tersebut ditamatkan pada hari ini.

Ketua cawangan UMNO Kampung Ulu, Halim Yahya,55, berkata, penamatan TEMCO pada hari hari ini memberikan rasa kelegaan dan mereka merasai erti ‘kemerdekaan’ berkenaan.

“Kami akui rasa sangat tertekan apabila PKPD Secara Pentadbiran dilaksanakan di kampung kami. Namun kami terpaksa akur arahan supaya penyakit itu tidak merebak dan Alhamdulillah kesannya hari ini kami dapat menikmati kebebasan semula,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Zakiah Yaakob,39, berkata, penamatan PKPD Secara Pentadbiran tersebut memberikan ruang kepada penduduk kampung yang majoritinya penoreh getah keluar untuk menoreh getah.


“Selepas selesainya PKPD Secara Pentadbiran ini, dapatlah suami saya , Husin Osman,55, keluar menoreh getah bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga,”katanya.

Hari ini seramai 305 penduduk Kampung Ulu dan sekitarnya hadir ke Surau kampung tersebut untuk membuka gelang tangan merah jambu yang diuruskan oleh 13 kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap.

Kerajaan Pusat semalam mengumumkan PKPD TEMCO di Kampung Sanglang, Kampung Tanah Timbul dan 4 mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap tamat hari ini – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com