Saturday, 4, May, 2024
Utama Negeri Pemuda Pas Kedah kecam Perancis hina Islam

Pemuda Pas Kedah kecam Perancis hina Islam

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
28 Oktober 2020 | Rabu

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk keras negara Perancis yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai sebuah organisasi gerakan Islam mengambil sikap mengecam sekeras-kerasnya kenyataan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh pihak berkuasa Perancis.

Pihak kerajaan Perancis kelihatan sengaja mengundang reaksi marah dengan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron Pada 21 Oktober 2020 yang menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan menghalang penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad dengan dengan alasan kebebasan bersuara.

Kini pernyataan terbabit mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di dunia.

Benih islamophobia ditabur lagi dengan penyiaran gambar menghina Nabi Muhammad di beberapa bangunan di Perancis dan reaksi Macron adalah beliau menyifatkan Islam sebagai “agama krisis” dan mengumumkan akan adanya rancangan undang-undang yang lebih keras untuk menangani “pemisahan Islamis” di Perancis.

Sebagai mendukung konsep sekular sejati kelihatan Perancis gagal memahami hasrat sekularisme sehingga ‘bias’ dan bertindak cenderung pula menyokong pihak yang bencikan Islam.

Kini umat Islam di Perancis terancam dan siri keganasan atas alasan menentang pemisah islamis akan berlarutan.

Inilah modus operandi pihak ‘ahzab’ moden barat yang cuba mengkambinghitamkan minoriti muslim di negara mereka dengan provokasi dan persepsi negatif yang cukup dahsyat bermula peristiwa WTC 2001 lagi.

Kami Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah turut menyeru sekalian umat Islam dan warga Malaysia agar memboikot barangan buatan Perancis sebagai tanda persaudaran ukhwah Islam tanpa batasan menentang provokasi dan ghuzwah ahzab modenyang penuh fitnah dan bejat ini.

Sehati sejiwa :

USTAZ NASRON OTHMAN.
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com