Tuesday, 14, May, 2024
Utama Nasional Negara perlu perubahan dari sekarang -Anwar

Negara perlu perubahan dari sekarang -Anwar

oleh Ammar Haziq
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah perubahan perlu dilakukan bermula dari sekarang sekiranya Malaysia mahu menjadi negara maju.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui semua parti politik yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Mereka semua bersetuju masalah utama ialah membabitkan isu tadbir urus yang baik dan rasuah yang sudah menjadi endemik di negara ini.

“Sudah tentu, kerajaan hari ini akan menyesuaikan semua dasar ini, Malaysia tidak akan menjadi negara maju jika tiada perubahan dilakukan dari sekarang,” katanya dalam temu bual dengan Aljazeera yang berpangkalan di Doha.

Ditanya sama ada pengkhianatan dan pakatan yang gagal menyukarkan beliau untuk mempercayai orang lain, Anwar secara tegas berkata, setiap orang berubah dan semua orang melakukan kesilapan pada masa lalu.

“Tetapi kami diberi peluang (untuk memerintah sekarang). Mengapa kamu memaksa orang lain sebegitu keras?” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmennya untuk mereformasikan dasar yang ada berdasarkan keperluan dan bukannya mengikut kaum dengan menekankan bahawa negara perlu berubah.

“Melainkan ada komitmen politik yang jelas, keazaman untuk berubah, saya tidak percaya Malaysia akan bertahan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com