Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Peniaga dan pengunjung di Chow Kit teruja dengan kehadiran Anwar dan Jokowi

Peniaga dan pengunjung di Chow Kit teruja dengan kehadiran Anwar dan Jokowi

oleh admin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo disambut meriah oleh peniaga dan pengunjung ketika membuat lawatan santai ke Pasar Raja Alang di Chow Kit, ibu negara, pada Khamis.

Dalam lawatan itu, kedua-dua pemimpin negara itu sempat beramah mesra dengan para peniaga di pasar yang cukup sinonim dengan diaspora Indonesia.

Beberapa peniaga juga mengambil peluang untuk berswafoto bersama Anwar dan Jokowi.

Dianggarkan lebih 2,000 orang ramai termasuk peniaga berada di lokasi untuk bertemu melihat secara dekat susuk tubuh kedua-dua pemimpin itu.

Dalam pada itu, Jokowi dan Anwar Ibrahim juga sempat menikmati hidangan minum tengahari di Kafe Masa selama 20 minit.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com