Sunday, 12, May, 2024
Utama Politik Kerajaan peruntukkan RM7.76 juta untuk siapkan masjid At-Taqwa Alor Pasir – PM

Kerajaan peruntukkan RM7.76 juta untuk siapkan masjid At-Taqwa Alor Pasir – PM

oleh admin

TUMPAT : Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukkan sebanyak RM7.76 juta bagi menyiapkan masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukkan itu adalah paling terbesar diluluskan untuk masjid sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak dapat menolak permintaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kerana beliau sahabat dan keluarga besar saya.”

“Walau berbeza fahaman politik tetapi sikap dan hemah beliau saya kalah, kalau dia minta apa-apa saya sukar nak tolak,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan YAB Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, pembinaan Masjid At-Taqwa melibatkan  kos sebanyak RM12.6 juta dan kini siap 30 peratus.

Menurut beliau, keluasan masjid melibatkan 1800 kaki persegi dan dapat menampung jemaah 1,600 di mukim Alor Pasir.

“Pembinaan itu melibatkan ruang solat lebih selesa, bilik mesyuarat, pejabat, ruang mengaji dan perpustakaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com