Monday, 6, May, 2024
Utama Politik Kerajaan tidak anak tirikan negeri pembangkang

Kerajaan tidak anak tirikan negeri pembangkang

oleh admin

TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan dibawah pimpinanya tidak akan berlaku zalim termasuk menganak tirikan negeri pembangkang biar pun berbeza fahaman politik.

Beliau berkata kerajaan sudah mengadakan rundingan dan perbincangan untuk salurkan pelbagai peruntukan kepada negeri Kelantan.

“Saya jadi PM (Perdana Menteri) saya tidak mahu zalim, menafikan hak, saya tak mahu menyeksa orang, fitnah orang dan buat tuduhan palsu sumbat dalam penjara, saya telah lalui semua itu.

“Sekarang ini runding molek-molek (berbincang) apa yang boleh diselesaikan kita selesaikan, jangan membebankan rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan YAB Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Anwar berkata, dalam tempoh tujuh bulan menjadi Perdana Menteri, ini peruntukkan paling besar disalurkan kepada masjid apabila menyalurkan dana sebanyak RM7.76 juta untuk menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir.

Katanya lagi, Kelantan negeri yang menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan Madani yang turut dinikmati negeri pembangkang lain antaranya Kedah

“Contohnya di Kelantan, isu bekalan air serta banjir turut diutamakan kerana ia membabitkan rakyat.

“Peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com