Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Presiden UMNO dipilih secara demokratik, kenyataan Hassan tidak berasas

Presiden UMNO dipilih secara demokratik, kenyataan Hassan tidak berasas

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah presiden UMNO yang dipilih secara demokratik dan beliau mempunyai mandat dan sokongan majoriti ahli parti.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, Timbalan Perdana Menteri itu telah menunjukkan kepimpinan dan visi yang kuat dalam mengetuai UMNO melalui masa-masa yang mencabar dan mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Melayu .

Menurutnya, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim bahawa UMNO perlu mengganti pemimpinnya adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

“Ia adalah cubaan untuk menggugat perpaduan dan kestabilan parti dan mencipta kekeliruan dan perpecahan di kalangan ahli. Hassan Karim seharusnya menghormati perlembagaan parti UMNO yang dimana Dato Seri Zahid Hamidi dipilih oleh ahli UMNO secara demokratik.

UMNO bukanlah parti yang menukar pemimpinnya berdasarkan kemahuan dan kehendak beberapa individu. UMNO adalah parti yang menegakkan prinsip-prinsip demokrasi, kesetiaan dan solidariti. UMNO adalah parti yang mempunyai sejarah panjang dan bangga dalam berkhidmat kepada negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya,  jika Ahli Parlimen PKR itu mahu menudung jari lebih baik beliau mencadangkan Menteri Pakatan Harapan yang seperti tidak berfungsi dan dibenci orang Melayu ditukar.

“Apa fungsi Presiden parti lain? adakah mereka berjaya menyumbang kerusi yang banyak kepada kerajaan Perpaduan.

“Sejauh kerbekesanan Menteri PH dalam menarik sokongan orang Melayu atau pengundi terhadap keyakinan kerajaan sekarang,” soal pemimpin Pemuda UMNO tersebut.

Jelasnya, sebagai seorang pemimpin veteran lebih baik Hassan menulis surat kepada Anwar untuk meluahkan perasaan yang terpendam dalam menjaga kerajaan campuran yang melibatkan banyak parti dalam sejarah politik negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com