Saturday, 18, May, 2024
Utama Nasional Duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham

Duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham

oleh admin

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan itu tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak dan akan berkuat kuasa pada Julai ini.

“Perubahan ini secara langsung akan mengurangkan kos urus niaga sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih berdaya saing.

“Saya yakin langkah ini akan merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya.

“Peningkatan kecairan pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia, sekali gus menggalakkan Perusahan Kecil dan Sedehana (PKS) untuk meneruskan tawaran awam permulaan (IPO) dan memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian bagi Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Dewan Persidangan Suruhanjaya Sekuriti (SC), di ibu negara hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com