Wednesday, 15, May, 2024
Utama Politik Anwar yakin jadi PM bagi tempoh 5 tahun

Anwar yakin jadi PM bagi tempoh 5 tahun

oleh admin

GEORGETOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri bagi lima tahun ini untuk mentadbir negara.

Beliau yang just Menter Kewangan berkata ini kerana beliau mendapat sokongan daripada rakan-rakan dalam gabungan parti Kerajaan Perpaduan termasuk Barisan Nasional (BN).

“Saya nak beritahu di sini, saya kawan-kawan beri sokongan menjadi Perdana Menteri lapan bulan, bukan lapan bukan, insya-ALLAH lima tahun (akan datang).

“Sekarang bila kita ambil tindakan tentang rasuah, dia kata kita dendam. Saya tidak akan bertolak ansur, ingat kau Tun, kita akan biarkan? Tidak. Awak pukul, hina, maki, jatuhkan maruah saya, saya maafkan, tetapi tidak boleh maafkan jika awak curi duit rakyat,” katanya ketika berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh di sini semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertahan lama dan sudah dilihat ‘kacau bilau’.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, UMNO yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan yang dipimpin Anwar.

Dalam majlis sama, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pilihan raya negeri (PRN) ini akan memberi kejutan kerana rakyat akan bangkit dan membuat keputusan untuk menyelamatkan Malaysia sebagai sebuah negara aman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com