Saturday, 18, May, 2024
Utama Politik Rakyat di negeri PN perlu ambil iktibar

Rakyat di negeri PN perlu ambil iktibar

oleh admin

GEORGETOWN – Rakyat di negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil iktibar daripada setiap perkembangan yang berlaku di negeri ditadbir PN biarpun sering melaungkan slogan ‘bersih’ ketika berkempen.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini perlu dijadikan sebagai medan menyelamatkan negeri daripada kerosakan.

“Sebab itu saya nasihatkan (supaya) pilihan raya ini kita selamatkan negeri kita. Jangan bagi sikit isyarat (menang), baik Melayu, Cina, India mahupun kaum lain. Jangan buat main. Jangan abaikan hak anda (untuk mengundi). Kamu putuskan mana yang anda mahu jadikan kerajaan. Kalau anda bertolak ansur dan main-main dengan undi, mereka (PN) menang dan akan jadi rosak negara kita.”

“Apa dia (PN) buat di negeri ditadbir mereka? Dia ingat dia bersih, bersih apa sampai masuk mahkamah? Bukan kerja saya (mendakwa), tetapi badan penyiasatan,” katanya ketika berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani Pulau Pinang di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com