Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Malaysia dan Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala – PM

Malaysia dan Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala – PM

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Iran senada dan sepakat meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dicapai melalui perbualan telefon antara beliau dan Presiden Iran Presiden Seyyed Ebrahim Raisi semalam, sejurus tamat kunjungan hormat Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir ke atas presiden itu.

“Kami berdua turut bersetuju supaya dua jawatankuasa bersama sedia ada iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama mengadakan pertemuan dengan kadar segera bagi menghalusi kesemua potensi skop kerjasama antara kedua-dua negara untuk kebaikan bersama,” kata Anwar menerusi hantaran di akaun Facebook beliau, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Zambry yang mengadakan lawatan rasmi ke Iran selama empat hari dan berakhir hari ini berkata ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Seyyed Ebrahim, Presiden Iran itu menyambut baik langkah Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran.

Menurut Zambry, antara lain, lawatan beliau ke negara itu bertujuan mengembangkan lagi akses pasaran eksport komoditi dan produk buatan Malaysia ke negara-negara anggota Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com