Sunday, 5, May, 2024
Utama Umum PM hulur sumbangan kepada anak P Ramlee

PM hulur sumbangan kepada anak P Ramlee

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada anak seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali selepas terbabit kemalangan sehingga dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU).

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi petang semalam.

“Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung saudara Sazali yang merupakan anak kepada seniman agung negara, Almarhum P Ramlee.

“Malang buat beliau tatkala terbabit dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori OKU dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki.

“Kini isterinya memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher,” katanya menerusi catatan di Facebook semalam.

Anwar dalam pada itu berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung Sazali dan isteri.

“Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com