Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional Isu TKI di Malaysia: Puluhan ribu telah dihantar pulang – Anwar

Isu TKI di Malaysia: Puluhan ribu telah dihantar pulang – Anwar

oleh admin

JAKARTA – Puluhan ribu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia yang tidak mempunyai dokumen telah dihantar pulang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata meskipun soal dokumen merupakan hal yang serius, kerajaan Malaysia tetap menanganinya dengan baik, tanpa pendakwaan di mahkamah.

“Kalau yang sudah ditangkap, dikirim (dihantar) pulang, dan kita percepatkan proses itu,” katanya kepada media selepas Program Temu Anwar, di sini pada malam Selasa.

Perdana Menteri ditanya oleh media tempatan mengenai proses kemajuan dalam menguruskan masalah TKI di Malaysia, selepas kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia pada Jun lepas.

Menyentuh mengenai isu Laut China Selatan yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN hari ini, Anwar berkata: “Kita ada pendirian dan menegaskan supaya ASEAN ada pendirian yang sama untuk pertahankan hak kita dan berunding dengan baik dengan China.”

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Malaysia menyambut baik keputusan pemimpin ASEAN, untuk Filipina menjadi Pengerusi ASEAN pada 2026.

“Tahun depan Laos diikuti Malaysia, kemudian sepatutnya Myanmar, tetapi konsensus tadi oleh kerana belum selesai masalah Myanmar, soal penindasan dan konflik berterusan maka diserahkan kepada Filipina, dan Presiden (Ferdinand) Marcos Jr tadi setuju. Ini satu perkembangan yang sangat positif.”

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com