Tuesday, 21, May, 2024
Utama Nasional Anwar bertemu Presiden ARAMCO, Gabenor PIF di Riyadh

Anwar bertemu Presiden ARAMCO, Gabenor PIF di Riyadh

oleh Ammar Haziq

RIYADH: Perdana Menteri mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin perniagaan di Arab Saudi, bersempena dengan lawatan rasmi beliau yang dijadual berakhir hari ini.

Pada sebelah pagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden ARAMCO, Amin Nasser.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Gabenor Public Investment Fund (PIF), Yasir Othman Al-Rumayyan.

Perdana Menteri turut dijadual menyertai beberapa mesyuarat perniagaan dengan Dagang NeXchange Bhd dan Al-Aljan Bros Holding Group serta mesyuarat MGB Bhd dan SANY Alameriah for Construction Co. Ltd.

Beliau juga akan menyaksikan pertukaran dokumen melibatkan empat entiti, iaitu Westar Aviation and Mukamalah; DNEX and Aljan Bros; Twistcode and Ajlan Bros; dan MGB and SANY Alameria.

Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salam, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al-Yamamah, Riyadh pada sebelah petang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada masa sama optimistik dengan peluang syarikat Malaysia untuk melebarkan sayap ke negara-negara Teluk, lantas menggambarkan bahawa peluang yang bakal terhasil di GCC adalah bersifat dua hala.

Pada 2021, nilai eksport Malaysia ke Arab Saudi berjumlah AS$1.38 bilion sementara eksport Arab Saudi ke Malaysia pula berjumlah AS$2.73 bilion.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com