Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri Fenomena air pasang besar di Kedah sehingga Selasa

Fenomena air pasang besar di Kedah sehingga Selasa

oleh Ammar Haziq

KUALA KEDAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah berlaku selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa ini.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, fenomena tersebut turut dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan pantai terutama sekiranya hujan dan  fenomena air pasang besar di pesisir pantai di negeri ini mampu mencapai paras 3 meter.

Menurutnya, empat daerah yang berisiko berlaku kejadian air pasang adalah Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Kubang Pasu.

“Orang awam diminta peka terhadap sebarang amaran yang dikeluarkan oleh agensi dan pihak berkuasa dan nelayan bot kecil dinasihat tidak keluar ke laut ketika fenomena air pasang berlaku.


“Orang awam diminta juga jaga keselamatan diri, keluarga terutamanya anak-anak kecil ketika beriadah di pantai,” katanya.


Tambahnya, jika berlaku kenaikan paras air yang mendadak dan tidak selamat, orang awam juga perlu bersedia untuk berpindah atau keluar ke tempat yang lebih selamat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com