Wednesday, 15, May, 2024
Utama Nasional PM santuni penduduk di Masjid Taman Putra Perdana

PM santuni penduduk di Masjid Taman Putra Perdana

oleh Ammar Haziq

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, di sini, bersama kira-kira 1,000 jemaah, semalam.

Beliau yang berbaju Melayu berwarna biru muda lengkap bersamping tiba di masjid itu pada pukul 1.05 tengah hari, sambil disambut jemaah.

Perdana Menteri kemudiannya bersama jemaah mendengarkan khutbah Jumaat bertajuk ‘Integriti Pendukung Kekuatan Ummah’.

Khutbah tersebut disampaikan sempena sambutan Hari Integriti Nasional yang disambut pada 5 November setiap tahun.

Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah.

Anwar turut meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk makan tengah hari bersama penduduk setempat di Restoran Kampung Mak Chik, Taman Putra Perdana, Puchong di sini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com