Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional PM zahir takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang

PM zahir takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia malam tadi.

Anwar menerusi catatan di laman X, turut mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah. Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut catatan itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menerusi laman Facebooknya semalam, memaklumkan Natrah meninggal dunia akibat kanser.

Natrah yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com