Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri 24 rumah rosak dibadai ribut

24 rumah rosak dibadai ribut

oleh Ammar Haziq

PENDANG – Sebanyak 24 buah rumah rosak dalam kejadian ribut di dua lokasi di Pendang pada petang Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, kawasan tersebut membabitkan Taman Sri Delima, Jalan Jenun, di sini melibatkan 23 buah rumah dengan

Menurutnya, sebuah lagi rumah yang rosak adalah di  Kampung Pulau Machang, Pendang.

“Kejadian ribut ini dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan terjejas teruk adalah perumahan di Taman Seri Delima membabitkan 23 rumah didiami 72 mangsa, manakala di Kampung Pulau Machang pula sebuah rumah didiami dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Yuslina berkata, APM Pendang juga menerima panggilan berkaitan pokok tumbang menghalang laluan di Perumahan Keda Asam Jawa dan Klinik Kesihatan Pendang.

Menurutnya, walaubagaimanapun tiada kerosakan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu setakat ini.

Sementara itu, di daerah Kuala Muda pula, empat mangsa dari dua buah keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Taman Gurun Jaya akibat banjir kilat di Gurun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, banjir tersebut disebabkan oleh
berlaku angin kencang dan hujan lebat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com