Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional PM solat Jumaat bersama komuniti Islam San Francisco

PM solat Jumaat bersama komuniti Islam San Francisco

oleh Ammar Haziq

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam San Francisco di sini seiring lawatan kerja beliau sempena Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Beliau yang tiba sekitar jam 1 petang disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Pusat Islam San Francisco, Dr Naeem Patel.

Anwar yang solat bersama sekitar 250 jemaah komuniti Islam di San Francisco diimamkan oleh Maulana Faiz Vaid.

Turut hadir isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri serta Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Usai solat, beliau berkesempatan berbual santai dan bersalaman bersama sekitar 250 komuniti Muslim yang hadir.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com