Tuesday, 7, May, 2024
Utama Negeri Personaliti TV3 ajak wartawan sambung pengajaran Di UUM

Personaliti TV3 ajak wartawan sambung pengajaran Di UUM

oleh Ammar Haziq

SINTOK – Bekas personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman menerima Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia sempena konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) pagi ini.

Katanya dia habiskan dalam setahun pengajiannya merangkumi course work dan thesis selama tiga bulan.

Nik Suryani memohon untuk pengajian sarjana di kampus ini dengan pengalaman bekerja selama 22 tahun dan mempunyai diploma dalam penyiaran Akademi TV3.

Beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajian Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia ini dengan sokongan suaminya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya bukan sahaja berminat untuk memiliki Sarjana malah dengan ledakan era teknologi yang kini kian mengalami perubahan seperti teknologi Kecerdasan Buatan atau ‘Artificial Intelligence’ (AI) maka pastinya saya juga perlu menambah ilmu,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang memiliki agensi media sendiri dan masih menulis dan memiliki portal sendiri walaupun telah bersara dari TV3 namun sentiasa mengadunkan teknologi terkini dalam penghasilannya.

“Saya juga berharap lebih ramai rakan-rakan wartawan senior akan menjejak langkah wartawan lain sebelum ini untuk memilih UUM untuk menyambung pengajian mereka baik dalam bidang sarjana muda, sarjana ataupun Doktor Falsafah (PhD) dengan pengalaman yang ada pada mereka,,”sambungnya lagi.

Kini AI telah menjadi pemangkin perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan dan sebagai graduan yang cemerlang seharusnya memanfaatkan AI dengan bijak demi meningkatkan produktiviti, prestasi, kemahiran dan berkeupayaan dalam pekerjaan untuk menjadi lebih berdaya saing.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com