Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional PM Thailand zahir penghargaan Malaysia bantu bebaskan tahanan di Gaza

PM Thailand zahir penghargaan Malaysia bantu bebaskan tahanan di Gaza

oleh Ammar Haziq

SADAO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, rakan sejawatnya di Thailand, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada di mana kebijaksanaan yang dimiliki Hamas dan Mesir telah banyak membantu ke atas usaha membebaskan tawanan yang terlibat.

“Perdana Menteri Srettha juga mengucapkan terima kasih, khas kepada kita kerana bantuan kita sedayanya untuk menyelamatkan tawanan orang Thailand di bawah penguasaan Hamas yang terlibat dalam konflik Israel-Palestin.

“Saya kata kita hanya cuba setakat kemampuan kita, tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang telah memberikan laluan kepada mereka untuk dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao dan tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia bersama Perdana Menteri Thailand, pada Isnin.

Terdahulu, menerusi laporan media Thailand, tiga lagi rakyat negara itu yang menjadi tawanan di Gaza telah dibebaskan menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang dibebaskan melibatkan warga Thailand sebanyak 17 orang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com