Sunday, 28, April, 2024
Utama Nasional Lawatan ke Jepun tarik potensi pelaburan RM6.56 bilion

Lawatan ke Jepun tarik potensi pelaburan RM6.56 bilion

oleh Ammar Haziq

TOKYO: Lawatan kerja rasmi lima hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dianggap berjaya dan sangat menggalakkan apabila nilai potensi pelaburan yang dibawa pulang dianggarkan bernilai RM6.56 bilion.

Beliau berkata, ini menjadikan nilai keseluruhan pelaburan Jepun setakat ini hampir RM30 bilion.

“Di Jepun ini pelaburan sedia ada, nak tunggu dikembangkan atau ditambah. Dalam pertemuan di Kuala Lumpur atau di sini (Tokyo) saya ingat 80-90 penambahan pelaburan di Malaysia.

“Dia (Jepun) nak tunggu dasar yang jelas. Contohnya syarikat ROHM Wako di Kelantan. Soal pelaburan kita persoalkan, malah kita galakkan dan beri jaminan tambahan untuk terus melabur,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di sini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri menyertai pertemuan bersemuka dengan ahli perniagaan dan kapten industri di Tokyo, termasuk wakil ROHM Wako yang merupakan pelabur terbesar sektor semikonduktor di Kelantan dengan kilang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Saya ingat diplomasi durian itu berjaya. Umpama liputan media di sini sangat positif terhadap Malaysia berbanding sebelum ini.

“Tahap persahabatan dengan Perdana Menteri Fumio Kishida terhadap minat pelaburan dan kerjasama dan meningkat kepada rangkaian strategik.

“Jadi, saya anggap pertemuan sebelum ini di Jakarta dan Kuala Lumpur (walaupun singkat) dan pertemuan di sini, pada saya sangat menggalakkan,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Jepun sejak memegang jawatan itu pada 24 November 2022.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com