Friday, 10, May, 2024
Utama Nasional Anwar kongsi pandangan konsep MADANI bersama tokoh Islam

Anwar kongsi pandangan konsep MADANI bersama tokoh Islam

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pandangan dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait, Syeikh Tareq Al-Suwaidan mengenai konsep MADANI yang menekankan pendekatan berimbang dan komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan.

Perdana Menteri turut menyatakan pendirian dan usaha berterusan Malaysia untuk menegakkan keadilan di bumi Palestin pada pertemuan itu.

Anwar berkata, Syeikh Tareq berada di Malaysia untuk menghadiri beberapa siri perkongsian ilmu khususnya dalam bidang kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan.

“Saya turut menzahirkan penghargaan atas usaha Syeikh Tareq melalui mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Terima kasih jua atas doa dan harapan Syeikh Tareq terhadap Malaysia.

“Semoga Malaysia dapat terus menyumbang kepada pembangunan umat dan membantu mengukuhkan kerjasama antara cendekiawan Muslim di peringkat antarabangsa,” kata beliau menerusi perkongsian di media sosial.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com