Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Mukhriz rakam terima kasih kepada Ustaz Ebit

Mukhriz rakam terima kasih kepada Ustaz Ebit

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Para netizen diharapkan tidak lagi menuding jari kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung kononnya siasatan polis terhadap penceramah agama terkenal, Ustaz Ebit Lew susulan laporan yang difailkan oleh seorang pegawainya.

Ini kerana, Mukhriz telah menolak dakwaan tersebut menerusi satu kenyataannya yang dikeluarkan di sini semalam.

Dalam kenyataan itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan tularan meluas di media sosial yang mengaitkan beliau dan pejabatnya berkaitan tohmahan tersebut.

Malah Mukhriz berkata, dakwaan dan tohmahan itu telah mencemarkan namanya, jawatan yang disandang dan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas netizen dari seluruh negara secara tanpa usul periksa telah mendakwa kononnya pegawainya telah membuat laporan polis sehingga Ustaz Ebit disoal-siasat di Bukit Aman, Kuala Lumpur selepas membantu satu keluarga yang hidup serba daif di sini.

Malah, Mukhriz dalam kenyataan itu juga telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ebit yang tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pertolongan di negeri Kedah.

Selain itu, beliau juga berterima kasih kepada persatuan, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang turut membantu.

Sebelum ini pun, Ustaz Ebit telah awal-awal lagi telah memohon maaf kepada kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada masa sama selepas ini, Mukhriz perlu mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang didapati melakukan sesuatu tindakan yang boleh memalukan kerajaan negeri.

Ini kerana terdapat segelintir pegawai Menteri Besar bersikap tidak profesional dalam mengulas sesuatu isu yang berbangkit.

Mereka sepatutnya menunjukkan krédibiliti yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Mukhriz sendiri dalam menyelesaikan sesesuatu masalah yang berlaku di negeri itu. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com