Sunday, 5, May, 2024
Utama Nasional UMNO Langkawi desak langkah drastik tangani kad pengenalan palsu

UMNO Langkawi desak langkah drastik tangani kad pengenalan palsu

oleh Wartawan Kedah Gazette
Nor saidi (tengah) menunjukkan laporan polis mengenai kad pengenalan palsu dan penyelewengan pengeluarannya di Balai Polis Langkawi hari ini.

LANGKAWI – UMNO Bahagian Langkawi hari ini membuat laporan polis mengenai kad pengenalan palsu dan penyelewengan pengeluarannya sebelum ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan di Balai Polis Langkawi.

Menurut Nor Saidi, UMNO bahagian itu terpanggil membuat laporan polis memandangkan isu ini merupakan isu yang besar, isu kedaulatan dan pengkianatan kepada negara.

Dalam laporan itu, katanya, beliau juga meminta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh dan menghadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan dan dikenakan dengan hukuman yang berat.

Kerajaan diminta siasat segeea pengeluaran kad pengenalan palsu di megara ini.

“Sesunguhnya mereka ini merupakan pengkianat negara,” katanya selepas membuat laporan polis tersebut.

Turut hadir adalah beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian berkenaan.

Nor Saidi memberitahu, beliau juga mencadangkan kerajaan memperkenalkan kad pengenalan baharu agar dapat menyaring pemegang yang kad pengalan palsu atau kad pengenalan yang dikeluarkan secara tidak sah atau diselewengkan.

“Cadangan lain adalah pengenalan kepada permohon kad pengenalan baharu mestilah boleh bertutur dalam bahasa melayu

“Selain itu, mereka yang memohon mesti ada tanda atau bekas suntikan imunasi Bacillus Calmette Gurrain (BCG) di bahu sebagai bukti rakyat Malaysia sebenar,” katanya.

Tegas beliau lagi, kerajaan perlu bertindak dengan segera. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com