Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Budak autisme nyaris lemas terjatuh tali air

Budak autisme nyaris lemas terjatuh tali air

oleh Ammar Haziq

SIK – Seorang budak lelaki autisme ditemukan hampir lemas selepas dipercayai terjatuh dalam sebuah tali air di Kampung Tengah, Mukim Jeneri, di sini pada Jumaat.

Mangsa berusia empat tahun itu pada jam 4.50 petang bermain seorang diri di hadapan rumah neneknya yang terletak tidak jauh dengan tali air terbabit.

Menurut Pengarah Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BYSJM), Mahadzir Abdul Hamid, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.13 petang dan sepasukan empat anggota penyelamat BSYJM digerakkan ke lokasi dengan sebuah ambulan paramedik bagi operasi menyelamat mangsa.

Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa, Muhammad Izz Muttaqin Muhamaad Rizal tidak sedarkan diri dan badannya sudah kebiruan.

Menurutnya, bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dilakukan untuk menyelamatkan mangsa.

“Sebaik mendapati mangsa mula memberi tindakbalas, kami memberikan bantuan oksigen dan membawa mangsa ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kini ditempatkan di Zon Merah dan keadaanya dilaporkan stabil,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com