Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri Siapa waris kepada si comel ini?

Siapa waris kepada si comel ini?

oleh Ammar Haziq
Nur Qisya kini berusia tiga tahun.

PENDANG:Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pendang sedang mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan kepada sebuah keluarga tanpa dokumen pengenalan diri di Pendang kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Daerah Pendang, Nor Akmal Jamaluddin, kanak-kanak tersebut, Nur Qisya sebelum ini diserahkan oleh ibunya dikenali Ani berusia 20-an kepada Fadzilah Osman,56, pada usia sebulan untuk jagaan sementara.

Katanya, bagaimanapun perempuan tersebut yang berasal dari Sabah dipercayai menghilangkan diri selepas itu.

Nur Qisya

“Setelah enam bulan menjaga kanak-kanak itu, Fadzilah meninggal dunia akibat kencing manis, Nur Qisya kemudiannya dijaga oleh adik Fadzilah, Maria,40.

“Nur Qisya kini di tempatkan dibawah penjagaan orang yang layak dan sesuai untuk jagaan sementara namun belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nor Akmal berkata sehingga kini pihak JKM masih belum berjaya mengesan waris Nur Qisya bagi menguruskan pendaftaran lewat kelahiran.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung Nur Qisya bolehlah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang di talian 04-7596235 atau terus tampil ke pejabat untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com