Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri Isu kuil : Pemuda PAS Kedah tampil buat laporan polis terhadap Ramasamy

Isu kuil : Pemuda PAS Kedah tampil buat laporan polis terhadap Ramasamy

oleh Ammar Haziq
Pemuda Pas Kedah tampil membuat laporan polis di IPD Kota Setar semalam.

ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Kedah kesal dengan kenyataan jelik dan menghasut oleh beberapa individu mengenai isu perobohan kuil haram oleh pihak penguatkuasa.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah,  Abdul Hadi Omar berkata, tulisan yang berbaur perkauman dan bersifat menghasut dan menghina oleh penulis sebuah portal boleh mengundang rasa tidak selesa diantara kaum.

Laporan oleh sebuah portal baru-baru ini.


Menurut mereka, antara tulisan jelik dan menghasut tersebut termasuk memfitnah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa tindakan perobohan kuil di Kedah meminggirkan masyarakat India dan percubaan menghapuskan budaya kaum tersebut.

Kenyataan Ramasamy di Facebooknya.

Terdahulu pada 8 Disember 2020, Ramasamy turut memuat naik satu kenyataan mendakwa bahawa Menteri Besar Kedah sebagai seorang “The racist and extremist Menteri Besar of Kedah, Muhammed Sanusi Md Nor” dalam tindakan Menteri Besar mempertahankan peraturan dan undang-undang.

“Hantaran tersebut saya percaya sangatlah berniat jahat bagi menganggu dan mengugut pihak berkuasa melaksanakan undang-undang dan peraturan.

“Perkara ini adalah bertentangan dengan undang-undang dan norma amalan bagi rakyat Malaysia,”katanya.

Menurut Pemuda PAs Kedah, laporan ini dibuat bagi tujuan siasatan lanjut pihak polis di bawah Kanun Kesiksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia dan tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan kejadian rusuhan seperti Kuil Maha Mariamman berulang kerana rusuhan ini juga antaranya berpunca daripada kenyataan pemimpin seperti P Ramasamy tersebut.

Abdul Hadi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Aizat Zakaria, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ikram Zaki dan Syukri Sawai tampil membuat laporan Polis di IPD Kota Setar, semalam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com